Surprise Me!

Ribuan hadir di majlis pengkebumian komander kanan Iran, Qassem Soleimani

2020-01-07 1,324 Dailymotion

Perarakan majlis pengkembumian komander perisikan Iran, Major-Jeneral Qassem Soleimani dan komander Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis serta enam yang lain yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS), di Bahgdad hari ini dihadiri ribuan orang.
Kumpulan terbesar terdiri daripada ahli kumpulan Hashd al-Shaabi (PMF), sebuah kumpulan separa tentera yang memakai pakaian hitam sambil mengibarkan bendera kumpulan berkenaan, lapor AlJazeera.

Soleimani, ketua Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) bagi pembebasan Al-Quds dan perancang pengaruh di wilayah berkenaan, terbunuh pada Jumaat lalu berhampiran lapangan terbang Bahgdad dalam satu serangan udara atas arahan Presiden AS, Donald Trump.

Ketua komander PMF, Abu Mahdi al-Muhandis, penasihat kepada Soleimani, juga terbunuh dalam serangan tersebut. Serangan udara tersebut berlaku beberapa hari selepas ahli kumpulan Hashd al-Shaabi (PMF) dan penyokongnya menyerang keduataan AS di Bahgdad selepas AS melancarkan serangan terhadap posisi Kataib Hezbollah di Iraq dan Syria.

Al-Muhandis adalah salah seorang daripada kumpulan ahli dan penyokong PMF tersebut.

Buy Now on CodeCanyon