Surprise Me!

Kenderaan mewah untuk kegunaan menteri, ini penjelasan PM

2020-01-07 5,319 Dailymotion

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kritikan terhadap kerajaan berhubung pemberian kontrak kenderaan mewah untuk kegunaan menteri dan pegawai tinggi ibarat ‘memulangkan paku buah keras’.

Perdana Menteri berkata, mana-mana kerajaan akan dikritik dengan tindakan atau keputusan yang diambil.

“Setiap kerajaan akan dikritik. Perkara paling baik adalah berada di pihak pembangkang. Pembangkang sebelum ini menikmati 60 tahun mengkritik kerajaan.

“Sekarang pembangkang itu sudah menjadi kerajaan dan mereka kini merasa sendiri kritikan yang dilemparkan terhadap mereka ibarat `pulang paku buah keras’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini, hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kerajaan sedang dalam proses melantik sebuah syarikat untuk membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Janji niaga itu akan menyaksikan peruntukan 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan.

Pelantikan syarikat baharu itu berikutan kontrak Spanco Sdn Bhd (Spanco) sebagai pengendali rangkaian kenderaan kerajaan tamat hujung tahun lalu.

Buy Now on CodeCanyon