Surprise Me!

Pelik! Penunggang motosikal bersilat selepas dilanggar teruk

2020-01-08 1 Dailymotion

Video insiden seorang penunggang motosikal yang terus bersilat selepas dilanggar sebuah kereta petang semalam mengundang pelbagai reaksi netizen.

Lokasi kejadian itu berlaku bagaimanapun tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Video berdurasi 1 minit tular di media sosial sejak malam tadi itu menunjukkan seorang penunggang motosikal dipercayai melanggar lampu isyarat merah dan menunggang motosikalnya dengan laju ketika kenderaan dari arah kiri sedang bergerak.

Motosikal itu kemudian dirempuh sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Alza yang datang dari arah kiri.

Selepas beberapa saat dilanggar, penunggang berkenaan tiba-tiba berdiri, terus ‘buka langkah’ dan bersilat.

Lelaki berkenaan kemudian dilihat memegang kakinya mungkin kerana menahan kesakitan sebelum sekali lagi bersilat di tepi laluan berkenaan.

Video tersebut turut menunjukkan dua penunggang motosikal berhenti dan membantu mengangkat motosikal mangsa.

Buy Now on CodeCanyon