Surprise Me!

Itu biasa, bukan kena marah dengan Rosmah - Najib

2020-01-08 1 Dailymotion

Bukan kena marah - itu ditegaskan Najib Razak berhubung perbualan di antara beliau dengan isterinya, Rosmah Mansor, seperti didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Mengadakan sidang media selepas selesai menghadiri prosiding mahkamahnya di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata, apa yang berlaku seperti rakaman audio berkenaan cuma perbualan biasa dan peribadi.

"Dimarahi? Tak ada dimarahi... perbualan di antara isteri saya dengan saya dan ia peribadi.

"You pun bersembang dengan your wife kan? Apa salahnya?" katanya lagi.

Daripada sembilan klip video yang didedahkan SPRM hari ini, satu daripadanya - dan mendapat perhatian meluas dalam kalangan warganet - ialah perbualan di antara Najib dan Rosmah.

Pada satu ketika Rosmah kedengaran meninggikan suaranya dalam perbualan melalui telefon itu.

Kata Najib semua orang berhak untuk berbincang apa saja selagi ia tidak bocor kepada orang ramai.

"Berbincang mengenai hal-hal yang berlaku seharian adalah perkara normal," katanya.

Ditanya mengenai perbualan itu mungkin menunjukkan Rosmah campur tangan dalam urusan pentadbiran negara, Najib sekali lagi memberi penafian.

"Tidak, tidak tidak...

"Semua orang boleh beri pandangan, tak ada masalah, tapi (pada akhirnya) saya yang buat keputusan," katanya.

Buy Now on CodeCanyon