Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak tergugat dengan kehadiran bekas anggota parlimen Kimanis, Anifah Aman yang menolong BN berkempen di PRK Kimanis semalam.<br /><br />PRK parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.<br /><br />Pada PRU 2018 lalu, Anifah memenangi kerusi itu dengan majoriti 156 undi.
