Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata pas sementara Sabah (PSS) tiada kaitan dengan isu keselamatan seperti pencerobohan di Lahad Datu beberapa tahun lalu.

Muhyiddin menyifatkan tindakan Hishammuddin mengaitkan PSS dengan ancaman keselamatan termasuk pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013 sebagai tidak logik.

Katanya, pencerobohan oleh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina - yang menggelarkan diri mereka sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu - menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu dengan isu PSS adalah dua hal yang berbeza.

Kelmarin ketika berkempen di Kimanis, Hishammuddin membangkitkan insiden pencerobohan Lahad Datu dalam menyuarakan bantahannya terhadap PSS.

Isu PSS menjadi polemik antara dua parti yang bertanding iaitu BN dan Warisan dalam PRK Kimanis.

PSS ialah dokumen baru yang dikeluarkan Jabatan Imigresen kepada pendatang asing bagi menggantikan dokumen sedia ada iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.