Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Azizah berkata bagus apabila kerajaan sedang meneliti had umur perkahwinan individu kepada 18 tahun.

"Bagus, itu satu langkah yang baik.

"Kita mahu ikut jejak langkah negeri Selangor yang telah menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun," katanya dalam sidang media di Pandan, Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata sedang mengkaji cadangan menaikkan usia perkahwinan minimum untuk orang Islam dari 16 tahun kepada 18 tahun.

Peguam negara berkata kerajaan juga sedang meneliti untuk mengenakan prosedur lebih ketat bagi mahkamah syariah apabila ia memberi keizinan kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun untuk berkahwin.