Surprise Me!

Kerajaan beri RM30 wang e-Tunai percuma mulai esok

2020-01-14 62 Dailymotion

Kira-kira 15 juta rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch 'n Go, mulai 8.00 pagi esok.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan memperuntukan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat.

Setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, layak menerima wang e-tunai itu, katanya pada sidang media mengenai e-Tunai Rakyat di kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

"Pengendali e-dompet juga akan menambahbaik pemberian RM30 wang percuma yang dibiayai oleh kerajaan dengan memberi insentif tersendiri.

"Ini bermakna rakyat Malaysia yang layak akan menerima lebih daripada RM30 melalui inisiatif itu," katanya, sambil menambah jumlah tambahan itu akan diumumkan sendiri oleh tiga pengendali berkenaan, esok.

Lim berkata, wang RM30 itu boleh dibelanjakan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang terdapat melalui platform pengendali terpilih.

Beliau berkata, inisiatif e-Tunai Rakyat itu dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya dalam sektor runcit.

"Oleh itu, kerajaan menggalakkan semua peniaga untuk berdaftar dengan satu atau semua pengendali e-dompet yang terlibat supaya mereka mendapat manfaat daripada inisiatif e-Tunai Rakyat yang bernilai RM450 juta sebelum 14 Mac berakhir," katanya.

Buy Now on CodeCanyon