Presiden PKR ,Anwar Ibrahim berkata, dakwaan wujud komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan imej Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya dan suruhanjaya itu tidak sepatutnya berlaku.

“Saya tidak tahu butirannya (laporan) tetapi mereka tidak sepatutnya memusnahkan kehidupan peribadinya,” katanya.

SPRM semalam membuat laporan polis terhadap beberapa individu termasuk peguam yang didakwa menjadi dalang dalam komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan imej suruhanjaya itu dan Latheefa.

Walaupun butiran perkara itu tidak didedahkan kepada media, Malaysiakini difahamkan laporan itu turut menyebut tentang satu gambar, yang dipercayai meme, yang disebarkan menerusi Whatsapp.

Berita tentang plot itu timbul selepas Latheefa mendedahkan rakaman audio perbualan telefon bekas perdana menteri Najib Razak berkenaan skandal 1MDB pada 8 Januari lalu.