Keputusan melantik Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bersandarkan beberapa faktor, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan ketika ini berdepan masalah kekurangan kepakaran dan individu berpengalaman untuk menguruskan pentadbiran.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan memilih melantik bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sebagai Pengerusi TERAJU berdasarkan pelbagai merit.

“Beliau (Mustapa) mempunyai pengalaman, kita kekurangan orang yang mempunyai pengalaman dalam kerajaan dan di luar, jadi kita perlukan orang berpengalaman,” katanya kepada media, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian selepas hadir merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur Tenaga Nasional Berhad (TNB), di sini.

Pelantikan Mustapa yang diumumkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin semalam itu adalah untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Disember 2019.

Mohamed Azmin dilaporkan berkata, beliau menaruh keyakinan percaturan melantik Mustapa berupaya memacu usaha ke arah meningkatkan daya saing Bumiputera bersandarkan pengalaman menggalas pelbagai portfolio dalam pentadbiran awam sebelum ini.

Mustapa mempunyai rekod pengalaman dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, kewangan, pendidikan dan perdagangan, malah pernah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk tempoh 2009 hingga 2018.