Surprise Me!

Pemimpin Umno perompak sedang tunggu giliran ke penjara - Azmin

2020-01-17 4,853 Dailymotion

Dua hari menjelang pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Kimanis, Mohamed Azmin Ali meminta pengundi memberi isyarat jelas dengan menolak parti yang “mencuri” daripada mereka.

“Hari ini pencuri dan perompak sedang berada di Kimanis,” kata Azmin kepada kira-kira 300 hadirin dalam sebuah ceramah di Kampung Pimping malam tadi.

“Bossku pun ada di sini malam ni…tak tahu malu punya orang,” katanya merujuk slogan “Malu Apa Bossku” yang dipopularkan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata, pemimpin Umno termasuk Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi akan dipenjarakan dan mempersoalkan kesetiaan calon Barisan Nasional di PRK Kimanis, Mohamad Alamin.

“Kamu tak malu ke mewakili sebuah parti yang sudah rosak? Orang Semenanjung sudah tolak Umno. Umno sudah ditalkinkan.”

Alamin berdepan calon Warisan, Karim Bujang yang kalah tipis 156 undi kepada calon BN, Anifah Aman pada pilihan raya umum 2 tahun lalu.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan pilihan raya umum lalu di kerusi parlimen berkenaan atas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mematuhi prosedur pilihan raya.

Calon Umno, Anifah Aman memenangi PRU berkenaan dengan majoriti tipis 156 undi.

Buy Now on CodeCanyon