Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, jajaran kedua Transit Aliran Massa (MRT2) telah 70 peratus disiapkan dan kerja-kerja utama dijangka selesai menjelang 2022.

Projek berkenaan dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2023.

"Fasa Satu MRT2 yang beroperasi dari stesen Kwasa Damansara ke stesen Kampung Batu akan beroperasi pada Julai 2021.

"Fasa Dua yang menyambungkan stesen Kampung Batu ke stesen Putrajaya Sentral akan beroperasi menjelang Januari 2023," katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Beliau menghadiri majlis menandatangani perjanjian tambahan antara Mass Rapid Transport Corp Sdn Bhd dan MMC Gamuda Sdn Bhd.

Perjanjian itu menyimpulkan proses rasionalisasi, yang telah berjaya menurunkan kos pembinaan MRT2 sebanyak RM8.82 bilion, daripada RM39.35 bilion kepada RM30.53 bilion.

"Penjimatan ini tidak berlaku serta merta, ia mengambil masa lebih 20 tahun, jadi dalam 20 tahun akan datang kerajaan boleh menumpukan projek infrastruktur yang lain," kata Lim.