Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini menjawab kritikan Barisan Nasional di atas tindakan kerajaan menyambung konsesi lebuhraya oleh PLUS untuk tempoh 20 tahun lagi. <br /><br />Katanya, kerajaan tidak akan membenarkan sebarang kenaikan kadar tol, sebaliknya kadar tol akan turun sebanyak 18 peratus sepanjang tempoh konsesi. <br /><br />Ini berbeza dengan tindakan kerajaan terdahulu yang terpaksa membayar pampasan kepada PLUS kerana tidak menaikkan kadar tol.