Anak kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir merakam aksi ayahnya yang sedang fokus memandu kereta dan memuat naik video tersebut di instagram miliknya.<br /><br />Video yang berdurai 12 saat itu memaparkan Dr Mahathir masih mampu memandu kereta dipercayai kereta Proton X70 walaupun umurnya sudah mencecah 93 tahun. <br /><br />Video itu juga dipercayai diambil ketika mereka mahu menghadiri Majlis Projek Demonstrasi 5G Malaysia yang akan disempurnakan oleh Dr Mahathir sendiri di Pusat Konvesyen Antarabangsa Langkawi (LICC), Kuah Langkawi, Kedah