Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menafikan laporan yang dikeluarkan oleh Reuters pagi ini bahawa Pakatan Harapan boleh menjadi kerajaan sepenggal jika tidak berubah.<br /><br />Ketika ditemui di sidang media projek 5G Malaysia di IPD Langkawi tengahari tadi, beliau menyifatkan kenyataan tersebut hanyalah pendapat oleh Reuters. <br /><br />Terdahulu, Reuters melaporkan Dr Mahathir berkata, PH tidak akan menang sekiranya mereka bergaduh sesama sendiri dan memecah-belahkan rakyat.
