Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution hari ini berpuas hati dengan harga barang keperluan menjelan sambutan Tahun Baru Cina.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan khusus ke atas 16 jenis barang keperluan yang disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Para peniaga turut diingatkan bermula hari ini sehingga 2 Februari, pegawai penguatkasa akan menjalankan pemeriksaan ke premis perniagaan bagi memastikan tiada kenaikan harga barang.