Surprise Me!

Wabak Coronavirus: Apa Yang Perlu Anda Tahu

2020-01-22 355 Dailymotion

3 minggu lalu, negara China telah mengumumkan kemunculan wabak coronavirus di bandar Wuhan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), hampir 300 ratus kes dilaporkan manakala 6 kes kematian telah berlaku di China.

Apa itu wabak Coronavirus?

Novel coronavirus merujuk kepada spesies virus yang belum pernah ditemui oleh manusia. Oleh itu, masih belum ada vaksin bagi mencegahnya.

Berasal dari bandar Wuhan, China, ia dipercayai berasal dari haiwan yang sakit.

Kesemua kes yang dilaporkan dikesan di China, Thailand, Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.
Di Malaysia, walaupun tiada sebarang kes yang dilaporkan, kerajaan telah memperketatkan kawalan di pintu masuk di lapangan terbang sebagai langkah berjaga-jaga.

Orang awam diingatkan agar sentiasa mengamalkan rutin kebersihan diri yang baik seperti mencuci tangan dengan sabun dan air.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan perkembangan terkini wabak coronavirus.

Buy Now on CodeCanyon