Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melawat sekolah-sekolah menengah di seluruh negara untuk menjalankan simulasi proses pengundian sebagai sebahagian daripada program pendidikan pengundi terhadap mereka.<br /><br />Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun juga memberi jaminan bahawa suruhanjaya itu tidak akan menjalankan indoktrinasi melalui program berkenaan.<br /><br />"Kami tidak mengindoktrinasikan sesiapa, tetapi kami mahu mendidik," kata Azhar dalam satu sidang media di ibu pejabat SPR hari ini.