Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan caj sebanyak SAR300 atau RM326 bagi setiap visa haji yang dikeluarkan bermula musim haji tahun ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa, caj baru itu dikenakan kepada bakal jemaah haji dari semua negara termasuk Malaysia.

Selain itu, Arab Saudi turut memansuhkan caj SAR2000 ke atas jemaah yang menunaikan haji lebih dari sekali.

Mujahid ditemui pemberita hari ini selepas tiba dari lawatan tiga hari ke Arab Saudi.