Pengasas bersama firma Stratton Oakmont, Jordan Belfort menyaman syarikat milik Riza Aziz, Red Granite, USD$300 juta kerana penipuan dan melanggar kontrak.

Belfort, yang menjadi inspirasi watak di sebalik filem 'Wolf of Wall Street' telah menjual hak memoirnya kepada syarikat produksi itu yang diasaskan oleh anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak itu.

Menurut laporan Hollywood Reporter, Belfort berkata dia tidak akan menjual hak kepada syarikat produksi filem itu jika dia tahu filem itu dibiayai dengan menggunakan wang yang kotor.

Permohonan yang difailkan pada 23 Jan, menyatakan hak-hak tersebut telah dibeli dan filem itu dibiayai dengan wang tunai daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tahun lepas, Riza Aziz dikenakan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.25 bilion yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.