Tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) menjual sebahagian daripada ladang kelapa sawit milik Tabung Haji Plantations (THP) akan diadukan Pemuda Umno Malaysia ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.<br /><br />Ketuanya Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihak berwajib perlu menyiasat dengan segera tindakan pihak terbabit menukar jurunilai yang menyebabkan nilai hartanah TH menyusut daripada RM380 juta kepada RM170 juta.<br /><br />Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi juga mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof segera menyatakan pendirian dan mengambil tanggungjawab berhubung penjualan aset THP itu.
