Kerajaan akan berbincang dengan kerajaan China bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Hubei ke Malaysia.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamed berkata demikian dalam satu sidang media khas di Putrajaya tengahari tadi.

Menurut Perdana Menteri, menurut rekod kerajaan, terdapat 78 orang rakyat Malaysia terperangkap di Hubei berikutan kerajaan China menutup bandar Wuhan bagi mengawal penyebaran wabak novel coronavirus (2019-nCoV). Setakat ini virus itu telah menyebabkan kematian seramai 135 orang di China.

Kata Dr Mahathir lagi, sekiranya rakyat Malaysia itu dibenarkan pulang, mereka semua akan diletakkan di bawah pengawasan kuarantin terlebih dahulu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.