Seorang warga Malaysia, Balachandar Subramaniyan yang juga seorang penuntut PhD di Wuhan telah mengirimkan video rakaman kepada Malaysiakini mengenai perkembangan terkini beliau di pusat wabak koronavirus itu. <br /><br />Bala yang merupakan kakitangan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sudah berada di Wuhan selama 3 tahun bersama keluarganya. Dia kini melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang Geochemistry di China University of Geosciences. <br /><br />Menurut Bala lagi, pihak universiti sentiasa memberi perkembangan terkini kepada pelajar melalui aplikasi Wechat. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Kedutaan Malaysia di China juga turut menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada 8 orang pelajar Malaysia di Wuhan.