Surprise Me!

Kes LTTE: Mahkamah tolak permohonan ikat jamin Adun Gadek

2020-01-29 11 Dailymotion

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan ikat jamin Adun Gadek, G Saminathan berkaitan pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE.

Menurut peguam G Saminathan, Ramkarpal Singh, pihaknya menerima keputusan tersebut walaupun yakin terdapat alasan-alasan yang munasabah untuk membenarkan permohonan tersebut.

Keputusan dibuat oleh Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh hari ini.

Pada 24 Januari lalu, Ahmad Shahrir bersetuju bahawa beliau terikat dengan keputusan mahkamah tinggi lain bahawa Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 - atau dikenali juga sebagai Sosma - yang melarang mahkamah menimbang permohonan ikat jamin bagi kes berkaitan keganasan, sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Buy Now on CodeCanyon