Setakat ini tiada keperluan bagi rakyat Malaysia memakai topeng muka bagi mengelakkan wabak novel koronavirus.

Itu kata Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Hospital Sungai Buloh Dr Benedict Sim, dalam taklimat media berkaitan virus itu di Putrajaya hari ini.

Ini katanya, masih belum ada penularan virus itu di kalangan rakyat Malaysia.

Menurutnya Dr Benedict lagi, nasihat itu akan berubah sekiranya berlaku penularan dari manusia ke manusia bagi rakyat Malaysia, dan berlaku di kalangan masyarakat awam.

Setakat ini, rakyat Malaysia hanya dinasihatkan memakai topeng ketika melawat China.