Surprise Me!

Topeng muka tak cukup kerana cuti Tahun Baru Cina

2020-01-30 12 Dailymotion

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil maklum keluhan pengguna yang sukar mendapatkan bekalan topeng muka di farmasi susulan penularan wabak 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) yang turut melanda negara.

Kata menterinya Saifuddin Nasution Ismail, hal itu disebabkan ramai pembekal dan pengeluar topeng muka yang bercuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Bagaimanapun, tambahnya, pihaknya telah melakukan perbincangan dengan pihak pengeluar untuk meningkatkan pengeluaran topeng muka bagi memastikan bekalan mencukupi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra Kajang hari ini.

Buy Now on CodeCanyon