Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengenalpasti pelajar dan pensyarah yang pulang bercuti dari China.<br /><br />Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, kesemua mereka akan diletakkan di bawah pemantauan di rumah (home surveillance) dan diberikan kad amaran kesihatan.<br /><br />Katanya lagi, sekiranya mereka menunjukkan sebarang simptom, mereka akan dirujuk ke fasiliti kesihatan yang telah dikenalpasti.
