Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat satu lagi pertambahan kes positif koronavirus baru, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 8 kes.

Kes terbaru itu melibatkan seorang wanita warganegara China berusia 49 tahun, yang juga merupakan ibu yang menjaga dua kanak-kanak yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, KKM belum boleh membuat kesimpulan sekiranya ini merupakan kes perpindahan jangkitan manusia ke manusia yang pertama di Malaysia.

Namun, KKM tidak menolak salah satu faktor jangkitan virus ini adalah jarak dekat yang berterusan di antara pesakit dan orang yang belum dijangkiti.