Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan telah memperkenalkan cara baru bagi membangunkan kawasan luar bandar. Ini melalui pencantuman ladang-ladang kecil kepunyaan petani kepada satu estet yang besar. <br /><br />Menurutnya lagi, melalui cara ini, estet-estet ini akan diurus dengan baik oleh pihak yang terlatih mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. <br /><br />Beliau juga menasihatkan supaya para petani mempelbagaikan jenis tanaman bagi menambah pendapatan supaya tidak bergantung kepada satu hasil tanaman sahaja.