Pemangku Menteri Pendidikan Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mahu pengajaran Sains dan Matematik dilaksanakan dalam bahasa Inggeris.

Bercakap pada mesyuarat khas di kementeriannya semalam, Mahathir berkata penguasaan bahasa Inggeris adalah elemen penting dalam pendidikan.

"Geografi dan Sejarah boleh diajar dalam mana-mana bahasa, tetapi Sains dan Matematik bukan bidang pengetahuan pribumi, ia berasal dari luar negeri."

"Kita dapati mereka yang belajar Sains dalam bahasa Melayu tidak boleh bekerja di mana bahasa Inggeris diperlukan," katanya.

Video mengenai kenyataan Mahathir pada mesyuarat itu dimuat naik di akaun Youtube rasminya petang ini. Walau bagaimanapun, ia tidak menyebut bagaimana kaedah pengajaran baru itu akan dilaksanakan.