Filipina mengumumkan semalam bahawa pesakit lelaki berumur 44 tahun dari China yang didapati positif koronavirus telah meninggal dunia, sekaligus menjadikan ia kematian pertama wabak itu di luar China.

Menurut Jabatan Kesihatan Filipina, lelaki tersebut dimasukkan ke hospital di Manila pada 25 Januari dan mempunyai simptom pneumonia yang serius.

Lelaki itu merupakan pasangan kepada seorang wanita warga Cina dari Wuhan, yang pertama dikenalpasti positif virus itu di Filipina.

Kejadian ini telah menyebabkan kerajaan Filipina semakin mengetatkan syarat perjalanan bagi rakyatnya dan rakyat China.

Ketika ini kerajaan Filipina telah menutup pintu masuk negaranya buat pelawat-pelawat yang datang dari Tanah Besar China, Hong Kong dan Macau.

Di China, 56 kematian terbaru telah dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu sebanyak 350 orang.