Pakistan akan melakukan apa yang termampu untuk membeli minyak sawit dari Malaysia bagi mengimbangkan kerugian yang dialami negara ekoran tindakan New Delhi menyekat pengimportan komoditi itu.

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan berkata India "mengancam" Malaysia akibat pendirian Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam isu Kashmir.

"Terutamanya sejak kami menyedari bahawa India mengancam Malaysia kerana menyokong perjuangan Kashmir, mereka mengancam Malaysia untuk mengurangkan import minyak sawit mereka (India).

"Pakistan akan melakukan yang yang termampu untuk mengimbanginya," kata Imran.
Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Mahathir di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Mahathir memberitahu, bahawa beliau telah membangkitkan isu mengenai kekangan dihadapi Malaysia berhubung pengeksportan minyak sawit ke India.