Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail hari ini menyifatkan khabar angin mengenai pemecatan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang berlegar di aplikasi Whatsapp sebagai spekulasi.<br /><br />Menurutnya lagi, itu merupakan bidang kuasa Lembaga Disiplin PKR dan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu.<br /><br />Ketika ditanya kebarangkalian berlaku sebarang krisis seperti Langkah Kajang sekiranya pemecatan itu berlaku, Saifuddin enggan membuat sebarang ulasan.
