Surprise Me!

Pesakit 2019-nCoV pertama sembuh di Malaysia

2020-02-05 40 Dailymotion

Seorang kanak-kanak perempuan warga China yang dilaporkan positif jangkitan 2019-nCoV kini sihat dan dibenarkan pulang.

Kanak-kanak ini merupakan kes positif pertama yang berjaya dirawat di Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, ia selepas ujian pengesanan ulangan virus itu yang dijalankan ke atasnya sebanyak dua kali menunjukkan keputusan negatif.

Ini merupakan satu daripada 10 kes positif virus itu di Malaysia, dengan sembilan daripadanya adalah warga China.

Kata Dr Noor Hisham lagi, kes ini menunjukan jangkitan novel koronavirus boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di China.

Sementara itu Kedutaan China di Malaysia berkata kanak-kanak itu dan keluarganya akan pulang ke China tak lama lagi.

Buy Now on CodeCanyon