Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan perbezaan di antara beliau dengan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, dalam menangani isu peralihan jawatan perdana menteri.

Menurut Saifuddin, sokongan yang diberikannya kepada Dr Mahathir Mohamad bermula sejak sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 lagi dan berterusan selepas itu.

Menurut Saifuddin, sikap PH adalah menerima dan menyokong kepemimpinan Mahathir dan bukannya mengusulkan undi tidak percaya seperti yang dicadangkan PAS.

Menurut beliau, PH mempunyai badan dikenali Majlis Presiden yang menghimpunkan pemimpin kanan parti komponen untuk berbincang tanpa sebarang unsur ugutan.

Terdahulu, Takiyuddin menyifatkan Saifuddin bersikap kurang ajar terhadap Mahathir - yang juga pengerusi Bersatu dan PH - apabila berpendapat PAS memberikan sokongan kepada perdana menteri ketujuh Malaysia itu selepas Najib kalah.