Dua lagi rakyat Malaysia disahkan positif novel coronavirus hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 12 orang dikesan dijangkiti penyakit itu di negara ini.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata dua individu terbabit adalah warganegara Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China, semalam.

Menurut beliau, dua pesakit terbabit bukanlah individu yang gagal dalam ujian saringan semalam.

Kata Dzulkefly, keputusan ujian klinikal yang dijalankan ke atas dua rakyat Malaysia yang tiba di negara ini dari Wuhan semalam didapati negatif.

Sebaliknya, dua individu yang disahkan positif adalah antara rakyat Malaysia yang diletakkan di bawah pemantauan selepas menjalani saringan awal.

"Mereka ialah seorang lelaki berusia 45 tahun dan anaknya yang berusia sembilan tahun dan asimptomatik (tidak menunjukkan sebarang simptom)," katanya.