Surprise Me!

Wartawan didakwa cuba cetuskan kegentaran awam di FB

2020-02-05 40 Dailymotion

Seorang wartawan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam) kerana mengeluarkan kenyataan berhubung penularan wabak novel koronavirus.

Wartawan itu membuat kenyataannya di Facebook “Ibu Yati”.

Mengikut pertuduhan tersebut, Wan Noor Hayati Wan Alias, membuat tiga kenyataan yang boleh menyebabkan ketakutan kepada orang ramai, di Facebook pada 26 Januari 2020, jam 10 malam.

Hayati mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan kepadanya oleh Majistret Tawfiq Affandy Chin.

Sekiranya sabit kesalahan, Hayati berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Mahkamah membebaskannya dengan jaminan RM4,000 untuk setiap pertuduhan, dengan satu penjamin dan menetapkan 11 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Buy Now on CodeCanyon