Surprise Me!

WHO siasat persidangan di Singapura berkait novel koronavirus

2020-02-06 7 Dailymotion

Sekurang-kurangnya 3 pekerja sebuah syarikat multinasional yang mengadakan mesyuarat bersama 100 kakitangan antarabangsanya di Singapura, telah dijangkiti novel koronavirus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menyiasat kes ini.

Malaysia dan Korea Selatan telah mengesahkan tiga kes yang berkaitan dengan mesyuarat tersebut manakala Singapura pula mengesahkan 4 orang telah menunjukkan simptom.

Menurut jurucakap WHO, Olivia Lawe-Davis, pertubuhan itu akan berhubung dengan jabatan kesihatan negara-negara terbabit bagi mendapat maklumat terkini kes terbabit.

Pihak kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat warga China termasuk seorang daripada Wuhan yang menghadiri mesyuarat itu bulan Januari lalu.

Buat masa ini, Singapura telah melaporkan 28 kes jangkitan koronavirus.

Buy Now on CodeCanyon