Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) hari ini menyarankan supaya kerajaan memberi perhatian kepada penambahbaikan pendidikan Bahasa Inggeris di sekolah.

Menurut Pengerusi GMP, Wan Ramli Wan Daud menjelaskan, gerakan itu bukan anti-bahasa Inggeris tetapi mahu pengajaran subjek itu diperhalusi.

Menurutnya, kerajaan terdahulu telah menggunakan buku teks dari Sepanyol dan piawaian dari Eropah untuk mata pelajaran itu dan ia masih lagi diguna pakai di sekolah sekarang.

Tindakan ini menyebabkan pengajaran bahasa Inggeris yang kucar-kacir dan gagal menghasilkan pelajar sekolah yang mahir dalam Bahasa Inggeris.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas Gerakan Mansuhkan PPSMI di Kuala Lumpur.