Ketika spekulasi bahawa akan lahir kerajaan campuran dengan beberapa parti pembangkang, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dirinya seperti “melayang” apabila dimaklumkan mengenai sokongan Umno dan PAS kepadanya.<br /><br />Diminta mengulas lanjut mengenai sokongan itu semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Mahathir berkata parti pembangkang boleh menyokong kerajaan di Parlimen.<br /><br />Ditanya mengenai bentuk sokongan yang diharapkan, Mahathir berkata: "Di parlimen, apabila kita lakukan sesuatu yang baik, saya fikir mereka harus menyokong, bukan hanya membangkang secara buta tuli."
