Kerajaan belum memutuskan sama ada untuk menggunakan semula bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah.

“Saya dapati ada disiar bahawa kerajaan telah tentukan Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.

“Sebenarnya kita belum buat keputusan,” kata pemangku menteri pendidikan Dr Mahathir Mohamad pada majlis amanat dan aspirasinya bersama warga Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini.

Mahathir juga berkata sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan pendapat majoriti anggota kabinet.