Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulas isu membabitkan AirAsia selepas syarikat penerbangan tambang murah itu terpalit dalam dakwaan rasuah bernilai RM240 juta yang melibatkan Airbus.

Pada sidang akhbar di Putrajaya, Mahathir berkata bahawa tindakan memohon offset dalam pemerolehan atau pembelian pesawat bukanlah rasuah selagi wang itu tidak masuk ke poket peribadi.

Beliau juga berkata adalah menjadi "amalan" kerajaan untuk meminta offset dalam tawaran pemerolehan.

“Kalau duit yang kita dapat itu masuk poket kita itu rasuah tetapi kalau duit itu adalah untuk tujuan tertentu, dia menjadi offset, bukan rasuah,” katanya.

Beliau sebelum itu menyampaikan amanat kepada warga Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya, hari ini.