Rangkaian rel transit dan bas Rapid KL hari ini mengumumkan telah mengambil langkah-langkah tambahan berikutan kes novel koronavirus yang berlaku di negara ini.<br /><br />Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij, antara langkah tersebut adalah pemandu yang sakit tidak akan dibenarkan memandu dan membekalkan pemandu bas dengan topeng muka. <br /><br />Selain itu, setiap pagi taklimat akan diberi kepada para pemandu mengenai maklumat terkini perkembangan terbaru virus itu serta langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan.