Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, enggan mengulas mengenai spekulasi beliau akan meninggalkan PKR untuk menyertai parti lain.
Ditemui media malam tadi, Zuraida sebaliknya berkata beliau tetap boleh memberikan khidmat "di mana" atau "sebagai apa" sekali pun.

“Kita lihat dulu... saya tak nak buat spekulasi atau sebagainya, (cuma) ia tidak jadi masalah.

“Saya boleh berkhidmat walau (sebagai) apa pun sahaja, bila-bila masa dan di mana saja saya berada. Ia tak masalah kepada saya,” katanya selepas menghadiri majlis anugerah perkhidmatan cemerlang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya.