Surprise Me!

Abam Bocey sudah tiada

2020-02-10 7 Dailymotion

Peminat industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh adiknya Ali Puteh, yang juga merupakan seorang pelawak.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.

Anggota kumpulannya Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam turut mengesahkan perkara tersebut dengan satu hantaran video di akaun Instagram.

Selain itu, Achey atau pemilik nama penuh Mohd Nasir Hamzah turut berkongsi perasaan sedih atas pemergian sahabatnya itu.

Sementara itu Astro Awani melaporkan isteri Abam, Nor Hidayah memberitahu bahawa Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, berusia 5 bulan.

Buy Now on CodeCanyon