Surprise Me!

Audio 'Can I advise you something?' dimainkan di mahkamah

2020-02-10 2 Dailymotion

Perbicaraan rasuah terhadap bekas isteri perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor, melibatkan dakwaan penyelewengan dana bagi projek pemasangan tenaga solar bersambung hari ini.

Pihak pendakwa memainkan rakaman audio perbualan telefon yang didakwa antara bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor untuk saksi mengenal pasti suara berkenaan.

Ini adalah rakaman audio sama yang didedahkan oleh SPRM pada sidang akhbar bulan lalu, di mana Rosmah didakwa bercakap dengan Najib mengenai perkara berkaitan dengan ketua pesuruhjaya SPRM, ketika itu.

“Can I advise you something” yang didakwa sebagai suara Rosmah didengarkan di mahkamah, berulang kali.

Bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid, yang tampil sebagai saksi pendakwaan kelima, kemudian memberi keterangan bahawa suara yang didengarnya itu adalah Rosmah.

Beliau juga mengenal pasti suara lain dalam rakaman audio itu adalah suara Najib.

Buy Now on CodeCanyon