Nampaknya adegan kontroversi yang dimainkan kumpulan Drama band menerusi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 semalam tidak hanya berhenti pada persembahan itu.

Kini Najib pula tampil membuat kenyataan bagi membalas “persembahan” yang dilakukan kumpulan tersebut.

Mengambil pendekatan berbeza dan sinis, Najib menerangkan kejayaan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang dijayakan sewaktu dalam pentadbirannya.

Apa yang menarik dalam hantaran tersebut adalah sekeping gambar ahli kumpulan tersebut yang memakai baju program tersebut.

Hantaran Najib itu dimuat naik di akaun Facebooknya dan sudah meraih 35 ribu tanda suka.

Bukan hanya satu, Najib kembali membuat kenyataan- tiga jam lalu di akaun Facebook- memerli kumpulan band tersebut yang menyanyikan lagu buat program Tour De Langkawi.

Difahamkan, beliau secara sinikal memperkatakan bahawa kumpulan tersebut adalah penyokong kerajaan yang ingin membidasnya.