Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan meluahkan rasa kesal terhadap tahap permainan politik (politicking) yang menjadi-jadi di negara ini.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook, beliau berkata kebelakangan ini Malaysia menyaksikan terlalu banyak permainan politik sehingga lupa bahawa negara ini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang genting.

Menurutnya lagi, Malaysia yang sebenarnya memerlukan "undi percaya" dan akan hanya menjadi negara membangun yang biasa jika gagal dalam menangani krisis keyakinan terhadap kemampuannya.

Kenyataan itu dibuat susulan PAS yang menyatakan rancangan untuk membawa usul undi percaya bagi menyokong kepemimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad apabila Dewan Rakyat bersidang minggu hadapan.