Pakej rangsangan ekonomi untuk membantu industri tempatan berdepan kesan akibat koronavirus baru (2019-nCoV) akan diumumkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, pengumuman itu akan dibuat sama ada akhir bulan ini atau awal bulan depan.

"Kami akan mendapatkan input daripada semua orang tetapi pengumuman itu tidak akan dibuat oleh saya, perdana menteri akan umumkan," kata Lim dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perluasan skim MySalam di Ibu Pejabat Kementerian Kewangan.