Adik kepada mendiang bekas timbalan pendakwa raya, Anthony Kevin Morais, Richard Morais mengucapkan rasa terharu dan terima kasih kepada Perdana Menteri selepas menerima anugerah bagi mendiang abangnya itu malam tadi.

Selain itu, dia juga menyatakan masyarakat harus mencontohi keberanian Morais menentang budaya rasuah.

Anugerah Juara Antirasuah Antarabangsa dianugerahkan kepada dua tokoh malam tadi oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad kepada mendiang Anthony Kevin Morais serta bekas pegawai antirasuah Indonesia, Novel Baswedan.

Morais dibunuh ketika sedang mengendalikan kes rasuah pada 2015.

Kata Perdana Menteri, sebenarnya ada ramai lagi pegawai berani yang terpaksa berdepan dengan kegetiran bagi mempertahankan integriti masing-masing.

"Anugerah yang diberikan kepada Morais dan Novel ini adalah simbolik penghargaan kita untuk mereka," katanya.